EX5 Dream Lampu Petak Standard Modified (Labuan)

Di Entry yang lalu, aku ada menceritakan sedikit tentang projek restore EX5 Dream Petak ini.


Setelah siap direstore, aku mendapati ada sedikit kekurangan kepada kuasa enjin motosikal ini walaupun sudah menggunakan blok 53 dari jenama UMA Racing, high camshaft dan dan mengubah sedikit di bahagian enjin menggunakan  alat ganti dari enjin motosikal EX5 Class 1. 

Bukanlah kelajuan yang aku cari, cuma untuk mendapatkan respon enjin yang baik ketika motosikal hendak memulakan perjalanan. Aku mendapat cadangan dari seorang sahabat sepejabatku Rafizam untuk membuat degree Wheel di RK Motorsport Labuan.


Degree wheel dilakukan untuk mendapatkan ketepatan bacaan bagi pembakaran yang sempurna sekiranya ada pengubahsuaian kepada enjin standard seperti pengubahsuaian pada camshaft.  Di sini aku kongsikan sedikit gambar-gambar proses tersebut.




Sahabatku Khairul akan melakukan proses degree wheel ini.



Persediaan untuk melakukan degree wheel.


Timing gear biasa perlu diubah menggunakan adjustable timing gear untuk proses ini.







Siap untuk didegree.


Proses bermula, Khairul mendapatkan kiraan asal sebelum membuat kiraan untuk mendapatkan kiraan bacaan yang tepat.




Setelah mendapat bacaan kiraan yang tepat proses degree diteruskan dengan melakukan adjustment dibahagian adjustable timing gear yang dipasang tadi.



Siap proses degree wheel untuk motosikal EX5 petak ku. Memandangkan karburator yang aku gunakan tidak terpasang dengan kemas. Aku mengubah manifold menggunakan manifold yang tegak sedikit supaya kelihatan kemas dan teratur.


Rafizam melakukan sedikit porting dibahagian manifold karburator yang baru aku beli itu kerana saiz karburator yang agak besar sedikit dari yang asal bagi mendapatkan minyak yang mencukupi ketika pembakaran.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Motosikal sedia untuk dipasang semula.


Setelah semuanya siap, aku pun membuat percubaan terhadap motosikal ini. Aku dapat rasai perubahan yang sangat ketara. Respon yang sangat bagus dan pickup yang kuat. Sebelum ini motosikal ini susah untuk dihidupkan dan agak sedikit lembab pada permulaan perjalanannya. Aku sangat berpuas hati.

Bagi yang ingin mendapatkan perkhidmatan membaikpulih atau pengubahsuaian motosikal, bolehlah ke RK Motorsport di Kg Sungai Bangat W.P Labuan. Servis terbaik 5 bintang.

Contact no:+60 16-585 5857 Rafizam

                      : +60 16-879 9904 Khairul




Popular posts from this blog

Yamaha LC 135 v1 Modified

EX5 Dream fi 110 Modified III

Pemandangan Gunung Kinabalu dari Kg Tanjung Aru Labuan

Honda RS150R guna RIM Y15ZR V2?.. YSUKU?

EX5 Dream Fi 110 Modified

Ekspedisi kapcai Honda EX5 dari Labuan ke Tawau melalui jalan Kalabakan

Restorasi Honda EX5 Dream

Gelang Kuarantin COVID-19 Hadiah PRN

Honda RS150R modified

LED Skrin besar di Dataran Labuan