Aktiviti memukat ikan di pesisir pantai Labuan.
Pagi Sabtu yang membosankan di Pulau Labuan. Sudah lebih satu bulan aku tidak keluar dari Pulau ini menuju ke Tanah besar Sabah kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Kebiasaannya aku akan keluar untuk balik ke kampung halaman sekiranya tidak ada tugas pada hujung minggu. Hari ini aku meluangkan masa meronda-ronda ditepi pantai Kg Sungai Labu, Labuan. Kebetulan pula terserempak dengan seorang lelaki yang sedang melakukan aktiviti menangkap ikan secara tradisional dengan menggunakan pukat di tepian pantai. Ketika PKPB, aktiviti sebegini adalah dibenarkan oleh kerajaan.
Aku mengambil kesempatan untuk merakamkan beberapa gambar sepanjang aktiviti memukat tersebut dilakukan untuk dikongsikan dilaman blogku kali ini.
Di kejauhan, kelihatan bot nelayan berwarna merah yang sedang melakukan aktiviti penangkapan ikan dalam suasana air laut yang tenang.
Keadaan laut yang tenang memudahkan kerja-kerja memukat dipinggiran pantai dilakukan.
Salah satu cabaran memukat di pinggir pantai adalah sampah dan rumpai laut yang telah mati akan tersangkut pada pukat. Lelaki ini terpaksa membersihkan pukatnya.
Hasil tangkapan ikan yang baru diperolehi oleh lelaki ini. Mengikut ceritanya, dia selalu datang memukat di kawasan ini sekiranya dia tidak pergi bekerja. Aktiviti ini telah menjadi aktiviti sampingan beliau ketika masa lapang.
Pulang setelah memperolehi hasil tangkapan yang mencukupi.
Lelaki ini menunjukkan hasil tangkapan ikan yang terbesar untuk hari ini. Alhamdulillah, berkat usaha dan kesabaran dia mendapat hasil yang lumayan.