KITA KASI JADI.. Ayat ni selalu bermain di fikiranku terutama sekali bila ada misi-misi sukar untuk dibuat. Kali ini aku kongsikan pengalamanku dalam proses restorasi motosikal Honda EX5 Dream yang telah lama terbiar. Model EX5 Dream ini sudah tidak ada keluarannya lagi di pasaran. Motosikal ini adalah pemberian daripada seorang sahabat (Radenzul). Terima kasih Radenzul. Misi kali ini menelan belanja sedikit keras kerana keadaan motosikal yang agak teruk. Terlalu banyak alat-alat ganti yang perlu dibeli dan aku akan membeli yang baru dan memastikannya original. Sahabatku Basir menjadi pomen untuk projek aku kali ini. Restorasi ini tidak mengikut spec kilang kerana aku suka membuat sedikit modifikasi untuk kuasa enjin dan tahap keselamatan brek yang mencengkam.
Keadaan motosikal yang telah lama terbiar ketika dihantar oleh Radenzul pada 22 September 2020.
Keadaan enjin yang sudah barai
Untuk proses restorasi EX5 ini aku serahkan kepada yang pakar. Sahabatku Basir memulakan tugasannya
Kerja-kerja membuka rangka motosikal untuk dibaikpulih.
Antara sahabat yang hadir ketika proses awal bermula. Ada pakar enjin, ada pakar rim.. Semua ada di sini
Keadaan enjin Motosikal. Banyak benda yang kurang.
Rangka motosikal yang telah dileraikan.
Enjin pun berair
Keadaan rangka motosikal yang perlu untuk dibaikpulih.
Kerja-kerja bodyworks oleh sahabat Syabir. Proses kimpalan bagi bahagian-bahagian rangka badan yang telah rosak.
Rangka badan motosikal setelah dihantar Blasting.
Untuk EX5 ini aku menggunakan rim bersize 18. Gelung dari Motosikal RXZ dan gantang depan dari Dash 125 digunakan, bahagian belakang pula menggunakan gantang dan hub brek asal EX5.
Rim 18 yang siap untuk dipasang.
Coverset yang baru dibeli digosok menggunakan kertas pasir 1000 untuk proses mencat
Rangka badan motosikal yang telah siap digosok
Untuk motosikal EX5 ini, warna ungu menjadi pilihanku.
Rangka dan coverset motosikal yang siap dicat berwarna ungu.
Sticker original EX5 dipasang di coverset yang telah siap dicat
Proses pemasangan rangka badan motosikal
Akhirnya motosikal ini kembali berdiri setelah bertahun-tahun tersadai. Aku merasa bersemangat melihat motosikal ini berdiri.
Proses pemasangan coverset EX5
Proses memasang alat-alat ganti badan motosikal
Keadaan enjin EX5 yg telah lama terbiar
kerja-kerja membuka dan membaiki enjin EX5
Pembersihan casing enjin yang nampak sangat usang
Casing yang telah dibersihkan dicat semula.
Aku memilih blok UMA RACING bersaiz 53 kerana terbukti ketahanannya untuk destinasi yang jauh.
Enjin yang telah siap dipasang. Pemasangan tempatan kg Bukit Kuda Labuan.
Enjin siap dipasang ke badan Motosikal
Alhamdulillah akhirnya restorasi EX5 ini berjaya dan dapat disiapkan dalam masa sebulan lebih sahaja. Bermacam rintangan dihadapi termasuk kekangan modal memandangkan musim PKP ni susah untuk mendapatkan dana. Ditambah lagi kuarantin 14 hari yang terpaksa dihadapi oleh aku dan Basir.
Terima kasih kepada Basir yang menjadi pomen dan merakamkan setiap proses restorasi ini. Terima kasih juga kepada semua sahabat yang terlibat dalam projek ini anda semua memang AWESOME.
Insha Allah kalau tiada halangan kita aturkan konvoi ke tempat-tempat menarik di Borneo menggunakan EX5.
Terima kasih kerana membaca. Jumpa lagi di episod yang akan datang.