Honda EX5 lampu petak (Labuan)
Honda EX5 lampu petak sememangnya salah satu motosikal kapcai yang sangat diminati dan mampu milik kerana harganya yang murah disamping itu ianya mempunyai enjin yang sangat tahan lasak dan penggunaan petrol yang sangat jimat. Bagi aku, motosikal ini sesuai bagi semua lapisan masyarakat. Tidak kira tua, muda, gemuk, kurus, tinggi dan rendah semuanya nampak tidak ganjil sekiranya menggunakan motosikal ini.
Malangnya tiada lagi keluaran untuk model ini di pasaran. Itu yang membuatkan aku merestore satu bangkai motosikal sehingga menjadi lengkap seperti yang aku ceritakan di entry yang lepas.
Hari ini di W.P Labuan, aku dan sebahagian rakan-rakan yang meminati motosikal ini sempat meronda-ronda di jalan Labuan yang sememangnya indah dan menarik. Aku sempat membuat sedikit photoshoot untuk motosikal-motosikal yang dimiliki oleh aku dan mereka untuk dijadikan kenangan.
Basir salah seorang sahabat aku dan juga seorang mekanik motosikal yang telah membaikpulih motosikal EX5 aku sedang menunggangnya melalui jalan Kg Merinding.
Afiq santai menunggang motosikal EX5
Singgah di Kg Sungai Labu. Tempat ini sangat menarik di Labuan. Kebiasaannya menjadi tempat Wedding Photoshoot.
Sedikit gambar-gambar motosikal milik kawan-kawan dan aku yang sempat aku rakamkan.
Sekian dulu coretan aku, Jumpa lagi di entry yang akan datang, Insha Allah. Terima kasih kerana membaca.