Posts

Showing posts from October, 2020

Honda EX5 lampu petak (Labuan)

Image
  Honda EX5 lampu petak sememangnya salah satu motosikal kapcai yang sangat diminati dan mampu milik kerana harganya yang murah disamping itu ianya mempunyai enjin yang sangat tahan lasak dan penggunaan petrol yang sangat jimat. Bagi aku, motosikal ini sesuai bagi semua lapisan masyarakat. Tidak kira  tua, muda, gemuk, kurus, tinggi dan rendah semuanya nampak tidak ganjil sekiranya menggunakan motosikal ini. Malangnya tiada lagi keluaran untuk model ini di pasaran. Itu yang membuatkan aku me restore satu bangkai motosikal sehingga menjadi lengkap seperti yang aku ceritakan di entry yang lepas. Hari ini di W.P Labuan, aku dan sebahagian rakan-rakan yang meminati motosikal ini sempat meronda-ronda di jalan Labuan yang sememangnya indah dan menarik. Aku sempat membuat sedikit photoshoot untuk motosikal-motosikal yang dimiliki oleh aku dan mereka untuk dijadikan kenangan. Basir salah seorang sahabat aku dan juga seorang mekanik motosikal yang telah membaikpulih motosikal EX5 aku sedang m

Restorasi Honda EX5 Dream

Image
KITA KASI JADI.. Ayat ni selalu bermain di fikiranku terutama sekali bila ada misi-misi sukar untuk dibuat.  Kali ini aku kongsikan pengalamanku dalam proses restorasi motosikal Honda EX5 Dream yang telah lama terbiar. Model EX5 Dream ini sudah tidak ada keluarannya lagi di pasaran. Motosikal ini adalah pemberian daripada seorang sahabat (Radenzul). Terima kasih Radenzul. Misi kali ini menelan belanja sedikit keras kerana keadaan motosikal yang agak teruk. Terlalu banyak alat-alat ganti yang perlu dibeli dan aku akan membeli yang baru dan memastikannya original . Sahabatku Basir menjadi pomen untuk projek aku kali ini. Restorasi ini tidak mengikut spec kilang kerana aku suka membuat sedikit modifikasi untuk kuasa enjin dan tahap keselamatan brek yang mencengkam.  Keadaan motosikal yang telah lama terbiar ketika dihantar oleh Radenzul pada 22 September 2020. Keadaan enjin yang sudah barai Untuk proses restorasi EX5 ini aku serahkan kepada yang pakar. Sahabatku Basir memulakan tugasannya