Posts

Showing posts from September, 2020

Suasana Pilihan Raya Negeri Sabah

Image
Hari ini aku berada di kampung halaman Bongawan Sabah untuk tujuan mengundi. Kali ini suasana mengundi agak berlainan dari sebelumnya kerana wabak pandemik COVID19. Pengundi-pengundi dilihat memakai mask semasa pergi ke pusat undi masing-masing. Aku berkesempatan merakamkan sedikit suasana pilihan raya negeri Sabah bagi DUN N30 untuk dikongsikan.

Gelang Kuarantin COVID-19 Hadiah PRN

Image
Setelah selesai melaksanakan kewajipan sebagai seorang warganegara Malaysia di kampung halamanku Bongawan Sabah. Aku pulang ke Labuan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pekerja yang mencari rezeki di perantauan. Hari ini keluar pula arahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia yang mewajibkan semua individu yang baru pulang dari Sabah menjalani saringan saluran penafasan dan akan dikuarantin di rumah masing-masing bagi membendung wabak Pandemik Covid-19. Di sini aku kongsikan sedikit pengalaman aku ketika kembali ke Labuan dengan menggunakan feri kenderaan. Seorang doktor dari Labuan memberi penerangan kepada salah seorang penumpang feri kenderaan dari Sabah tentang procedure untuk masuk ke Labuan. Petugas-petugas KKM memberikan borang annex 14 kepada penumpang feri kenderaan untuk di isi awal bagi mengelakkan kesesakan di terminal feri Labuan. Penumpang feri diminta untuk mengimbas kod QR bagi mengisi borang mysejahtera yang telah disediakan oleh KKM Seorang lelaki diliha