Mesilou Hill, Kundasang Sabah.
Mesilou Hill terletak di kampung Mesilou Kundasang Sabah. Ianya menjadi tarikan bagi pengunjung yang tinggal di Home Stay sekitar kawasan ini. Kali ini aku berpeluang untuk berkongsi sedikit gambar-gambar di sekitar bukit Mesilou (Mesilou Hill). Sebenarnya banyak lagi tempat menarik di sekitar Mesilou ini, tetapi bagi aku yang lain itu sudah menjadi kebiasaan setiap kali aku berkunjung ke sini. Mata aku cuma tertumpu ke kawasan bukit Mesilou yang kelihatan menarik dengan pengunjung yang mendaki dan mengambil kesempatan untuk bergambar. Latar belakang gunung Kinabalu menjadikan tempat ini lebih menarik dan indah untuk dikunjungi.
Pengunjung-pengunjung dilihat sedang berbaris ketika mendaki dan menuruni bukit ini. Bukit ini tidaklah terlalu tinggi dan susah untuk didaki kerana sememangnya Kg. Mesilou memang terletak di tempat yang tinggi dan betul-betul berada di kaki gunung Kinabalu. Pemandangannya yang indah dan menarik membuatkan pengunjung tidak putus-putus ke sini.
Aku dan anak buahku zharif mencuba untuk mendaki bukit ini pada awal pagi untuk melihat sendiri apa yang ada di atas.
Pemandangan dari puncak Mesilou Hill. Rumah-rumah kampung dan Homestay di Mesilou kelihatan berwarna warni dan menarik dari atas bukit ini.
Umai, Adam, Zharif dan Ulie bergambar kenang-kenangan di atas sambil menghirup udara yang nyaman dan damai di sini.
Sekian dulu perkongsian kali ini terima kasih kerana membaca.
Assalamualaikum .. Salam Sejahtera..