KOKOL ELF

Hari ini aku berkesempatan mengunjungi salah satu tempat menarik di Kota Kinabalu. Kokol Elf, terletak di bukit Kokol Menggatal, Sabah. Perjalanan dari pusat bandar Kota Kinabalu mengambil masa selama 40 minit. Tempat ini sangat menarik untuk dikunjungi dan menjanjikan panorama indah bandaraya Kota Kinabalu dari tempat tinggi. Bayaran masuk untuk warganegara berharga RM20 untuk dewasa dan kanak-kanak RM10 manakala bukan warganegara berharga RM50 untuk dewasa dan kanak-kanak RM25.

Buaian yang unik seperti berada di kayangan dengan pemandangan bandaraya Kota Kinabalu seluas mata memandang.

Bandaraya Kota Kinabalu yang dapat dilihat dari sini. Bangunan Pusat Pemerintahan Negeri Sabah kelihatan di sebelah Yayasan Sabah.


Banyak tempat-tempat bergambar yang direka khas dan unik tersedia di sini seperti buaian besar, sangkar burung dan berbagai lagi.


Tempat ini sangat menarik, indah dan unik untuk dikunjungi kerana terletak disalah satu bukit yang tertinggi di kawasan Kota Kinabalu. Bagi mereka yang ingin membawa anak kecil ke sini aspek keselamatan adalah menjadi tanggungjawab ibubapa itu sendiri dan perlu dititikberatkan bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

Popular posts from this blog

Yamaha LC 135 v1 Modified

EX5 Dream fi 110 Modified III

Pemandangan Gunung Kinabalu dari Kg Tanjung Aru Labuan

Honda RS150R guna RIM Y15ZR V2?.. YSUKU?

EX5 Dream Fi 110 Modified

Ekspedisi kapcai Honda EX5 dari Labuan ke Tawau melalui jalan Kalabakan

Restorasi Honda EX5 Dream

Gelang Kuarantin COVID-19 Hadiah PRN

Honda RS150R modified

LED Skrin besar di Dataran Labuan