Kayak Fishing Labuan

Pagi ahad yang mendung. Aku bersiar-siar mengelilingi pulau Labuan. Terasa malas mahu bersenam. So, aku cuma jalan-jalan mencari gambar. 
Ketika melalui jalan Kg.Sungai Pagar, aku ternampak sahabatku Ustz. Syam dan Ata sedang bersiap sedia di tepi pantai Kg. Sungai Pagar untuk turun ke laut memancing dengan menggunakan kayak. Salah satu aktiviti menarik dan mencabar. Aku singgah sebentar untuk merakamkan sedikit gambar untuk perkongsian.



Kayak khas untuk aktiviti memancing. Menarik reka bentuknya. Berharga dalam Rm 2k ke 3k.




Ata dengan padle dan gopronya bersedia untuk turun ke laut. Ata juga merupakan seorang youtuber yang rajin berkongsi cerita pengalaman turun ke laut memancing menggunakan kayak Di Labuan. Bolehlah subscribe Channel beliau Akuata fishing untuk melihat sendiri pengalaman mereka menggunakan kayak untuk memancing.



Mereka sedang bersiap sedia untuk turun ke Laut melalui pesisir pantai Kg. Sungai Pagar yang berdekatan dengan Universiti Malaysia Sabah UMSKAL.



Lengkap dengan jaket keselamatan ketika hendak turun ke laut.


Dengan keadaan cuaca yang mendung dan laut yang tenang memudahkan mereka untuk melakukan aktiviti ini.


Memandangkan kayak yang mereka guna tidak mempunyai sebarang enjin. Mereka kebiasaannya akan pergi tidak melebihi 1 batu nautika dari pesisir pantai. Keselamatan amatlah dititikberatkan ketika melakukan aktiviti sebegini.

Sememangnya aktiviti sebegini adalah salah satu aktiviti yang boleh merehatkan minda dan sesuai di Labuan kerana Pulau ini di kelilingi oleh laut.

Popular posts from this blog

Yamaha LC 135 v1 Modified

EX5 Dream fi 110 Modified III

Pemandangan Gunung Kinabalu dari Kg Tanjung Aru Labuan

Honda RS150R guna RIM Y15ZR V2?.. YSUKU?

EX5 Dream Fi 110 Modified

Ekspedisi kapcai Honda EX5 dari Labuan ke Tawau melalui jalan Kalabakan

Restorasi Honda EX5 Dream

Gelang Kuarantin COVID-19 Hadiah PRN

Honda RS150R modified

LED Skrin besar di Dataran Labuan