Disebalik Lambaian Gunung Kinabalu

Pemandangan indah Gunung Kinabalu dari jalan Bongawan - Membakut Sabah ketika selepas matahari terbit. Gunung seakan-akan melambai dan memanggil-manggil aku. Sudah agak lama aku merancang untuk mengambil gambar seperti ini dari sini tetapi selalu tidak berkesampaian. Syukur Alhamdulillah kali ini aku diberi peluang untuk aku merakamkan suasana indah ini. Disebabkan oleh motosikal ku yang bermasalah membuatkan aku terhenti di sini. Aku menoleh ke belakang dan ternampak pemandangan indah ini dan terus mengambil kamera di dalam box belakang motosikalku. Semuanya terjadi seperti dirancang. Apa yang menghairankan, setelah aku siap merakamkan suasana ini, motosikalku hidup seperti tiada masalah dan aku meneruskan perjalanan balik ke W.P Labuan.


Disebalik pemandangan indah gunung Kinabalu, kelihatan kelemahan yang sangat ketara. Struktur jalan raya yang tidak rata dan tidak berkualiti mencacatkan sedikit pemandangan ini.

Popular posts from this blog

Yamaha LC 135 v1 Modified

EX5 Dream fi 110 Modified III

Pemandangan Gunung Kinabalu dari Kg Tanjung Aru Labuan

Honda RS150R guna RIM Y15ZR V2?.. YSUKU?

EX5 Dream Fi 110 Modified

Ekspedisi kapcai Honda EX5 dari Labuan ke Tawau melalui jalan Kalabakan

Restorasi Honda EX5 Dream

Gelang Kuarantin COVID-19 Hadiah PRN

Honda RS150R modified

LED Skrin besar di Dataran Labuan