Posts

Showing posts from August, 2020

KOKOL ELF

Image
Hari ini aku berkesempatan mengunjungi salah satu tempat menarik di Kota Kinabalu. Kokol Elf, terletak di bukit Kokol Menggatal, Sabah. Perjalanan dari pusat bandar Kota Kinabalu mengambil masa selama 40 minit. Tempat ini sangat menarik untuk dikunjungi dan menjanjikan panorama indah bandaraya Kota Kinabalu dari tempat tinggi. Bayaran masuk untuk warganegara berharga RM20 untuk dewasa dan kanak-kanak RM10 manakala bukan warganegara berharga RM50 untuk dewasa dan kanak-kanak RM25. Buaian yang unik seperti berada di kayangan dengan pemandangan bandaraya Kota Kinabalu seluas mata memandang. Bandaraya Kota Kinabalu yang dapat dilihat dari sini. Bangunan Pusat Pemerintahan Negeri Sabah kelihatan di sebelah Yayasan Sabah. Banyak tempat-tempat bergambar yang direka khas dan unik tersedia di sini seperti buaian besar, sangkar burung dan berbagai lagi. Tempat ini sangat menarik, indah dan unik untuk dikunjungi kerana terletak disalah satu bukit yang tertinggi di

Disebalik Lambaian Gunung Kinabalu

Image
Pemandangan indah Gunung Kinabalu dari jalan Bongawan - Membakut Sabah ketika selepas matahari terbit. Gunung seakan-akan melambai dan memanggil-manggil aku. Sudah agak lama aku merancang untuk mengambil gambar seperti ini dari sini tetapi selalu tidak berkesampaian. Syukur Alhamdulillah kali ini aku diberi peluang untuk aku merakamkan suasana indah ini. Disebabkan oleh motosikal ku yang bermasalah membuatkan aku terhenti di sini. Aku menoleh ke belakang dan ternampak pemandangan indah ini dan terus mengambil kamera di dalam box belakang motosikalku. Semuanya terjadi seperti dirancang. Apa yang menghairankan, setelah aku siap merakamkan suasana ini, motosikalku hidup seperti tiada masalah dan aku meneruskan perjalanan balik ke W.P Labuan.   Disebalik pemandangan indah gunung Kinabalu, kelihatan kelemahan yang sangat ketara. Struktur jalan raya yang tidak rata dan tidak berkualiti mencacatkan sedikit pemandangan ini.

Kayak Fishing Labuan

Image
Pagi ahad yang mendung. Aku bersiar-siar mengelilingi pulau Labuan. Terasa malas mahu bersenam. So, aku cuma jalan-jalan mencari gambar.  Ketika melalui jalan Kg.Sungai Pagar, aku ternampak sahabatku Ustz. Syam dan Ata sedang bersiap sedia di tepi pantai Kg. Sungai Pagar untuk turun ke laut memancing dengan menggunakan kayak. Salah satu aktiviti menarik dan mencabar. Aku singgah sebentar untuk merakamkan sedikit gambar untuk perkongsian. Kayak khas untuk aktiviti memancing. Menarik reka bentuknya. Berharga dalam Rm 2k ke 3k. Ata dengan padle dan gopronya bersedia untuk turun ke laut. Ata juga merupakan seorang youtuber yang rajin berkongsi cerita pengalaman turun ke laut memancing menggunakan kayak Di Labuan.  Bolehlah subscribe Channel beliau Akuata fishing  untuk melihat sendiri pengalaman mereka menggunakan kayak untuk memancing. Mereka sedang bersiap sedia untuk turun ke Laut melalui pesisir pantai Kg. Sungai Pagar yang berdekatan dengan Universiti Mala

RIDE Merinding Trail Labuan

Image
Setelah sekian lama tidak berbasikal di sini. Hari ini aku berpeluang untuk kembali ride sambil mengambil gambar untuk simpanan dan kenangan dimasa akan datang. Suasana indah ketika menyusuri denai dengan udara yang sangat nyaman. Sememangnya aku kurang minat untuk ride di jalan raya. Tetapi untuk ride di Trail sememangnya menjadi keminatan di masa lalu. Terima kasih faizal kerana meminjamkan MTB untuk kita sama-sama ride di sini..Insha Allah ada rezeki aku beli tu SANTAN.. Sedikit gambar aksi-aksi member ketika kami ride di Trail ini. Merinding Trail merupakan satu-satunya single trail yang menarik bagi peminat sukan berbasikal MTB yang mahukan aktiviti lasak di Labuan. Perjalanan yang indah dan menarik dengan udara yang nyaman ketika berada di dalam Trail ini. Penunggang hendaklah mempunyai teknik dan ketangkasan yang baik untuk berbasikal di sini. Jarak trail ini tidaklah terlalu panjang tetapi dengan keadaan permukaan jalan bukit yang yang ber

Mesilou Hill, Kundasang Sabah.

Image
Mesilou Hill terletak di kampung Mesilou Kundasang Sabah. Ianya menjadi tarikan bagi pengunjung yang tinggal di Home Stay sekitar kawasan ini. Kali ini aku berpeluang untuk berkongsi sedikit gambar-gambar di sekitar bukit Mesilou (Mesilou Hill). Sebenarnya banyak lagi tempat menarik di sekitar Mesilou ini, tetapi bagi aku yang lain itu sudah menjadi kebiasaan setiap kali aku berkunjung ke sini. Mata aku cuma tertumpu ke kawasan bukit Mesilou yang kelihatan menarik dengan pengunjung yang mendaki dan mengambil kesempatan untuk bergambar. Latar belakang gunung Kinabalu menjadikan tempat ini lebih menarik dan indah untuk dikunjungi. Pengunjung-pengunjung dilihat sedang berbaris ketika mendaki dan menuruni bukit ini. Bukit ini tidaklah terlalu tinggi dan susah untuk didaki kerana sememangnya Kg. Mesilou memang terletak di tempat yang tinggi dan betul-betul berada di kaki gunung Kinabalu. Pemandangannya yang indah dan menarik membuatkan pengunjung tidak putus-putus ke sini.