Suasana Air Surut di Pantai Sg. Pagar Labuan
Petang hujung minggu kali ini, aku berkesempatan untuk meronda di sekitar pantai W.P Labuan. Ketika aku sedang melalui jalan Kg Sungai Pagar menuju ke Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), aku dapati ramai orang sedang berada di pesisir pantai untuk berkelah. Ada diantaranya sedang mencari kerakas dan memancing. Air surut besar pada petang ini memberikan peluang kepada mereka untuk melakukan aktiviti sedemikian. Lantas aku mengambil kamera di dalam kereta untuk merakamkan suasana petang ini agar dapat dikongsikan bersama.
Kelihatan beberapa orang sedang memancing berlatarbelakangkan kapal-kapal laut yang sedang berlabuh di hadapan Pantai Sg. Pagar.
Keadaan air yang surut besar memudahkan mereka untuk memancing jauh sedikit dari pesisir pantai.
Sememangnya Labuan mempunyai banyak tempat menarik seperti pantai yang indah dan bersih yang boleh menarik pengunjung untuk beriadah dan melakukan pelbagai aktiviti.