Sekolah di Labuan dibuka sepenuhnya
Seperti yang kita sedia maklum sekolah dibuka secara berperingkat setelah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diumumkan oleh kerajaan. Sekolah dibuka penuh hari ini dengan pematuhan SOP dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Hari ini juga merupakan hari pertama bagi murid tahap satu untuk memulakan seisi persekolahan.
Aku mengambil kesempatan untuk merakamkan gelagat anak-anak dan murid-murid yang hadir ke sekolah SK Kerupang Labuan setelah sekian lama diam di rumah kerana Perintah kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu bagi membendung penularan wabak COVID19.
Kad kehadiran murid yang lengkap dengan kod QR yang telah disediakan oleh pihak sekolah bagi memudahkan kerja kerja merekodkan kehadiran mereka.
Bekal makanan untuk ke sekolah
Penggunaan pelitup muka diwajibkan untuk murid yang hadir ke sekolah.
Pada kebiasaanya aku menghantar mereka ke sekolah menggunakan motosikal, memandangkan banyak barang keperluan yang perlu mereka bawa, aku terpaksa menggunakan kereta.
Guru bertugas memeriksa suhu badan murid dan mengambil rekod kehadiran di setiap pintu masuk sekolah.
Kehadiran murid-murid direkodkan dengan melakukan imbasan ke atas kad kehadiran murid yang telah disediakan oleh pihak sekolah dengan menggunakan telefon pintar. Kelihatan murid-murid berbaris dan melakukan penjarakan 1 meter sementara menunggu giliran mereka untuk diperiksa sebelum dibenarkan masuk ke sekolah.
Jelas kelihatan kegembiraan Sasha setelah lama tidak hadir ke sekolah.
Geng keras aku (zulcar9) ketika menghantar kakak-kakaknya ke sekolah.
Sekian dulu perkongsian untuk kali ini. Semoga keadaan kembali seperti sediakala.