Mitsubishi Lancer GT (Automotive Rolling Shot)

Sabtu yang sangat membosankan. Terasa mahu keluar ke seberang, tetapi keadaan tidak mengizinkan. So, aku stay di Labuan saja hari ni. Memandangkan tiada aktiviti yang mahu dibuat. Aku membawa motosikal ke carwash untuk dicuci, kamah sudah usulnya bah brada. Disanalah bermula plan aktiviti petang untuk photoshoot kereta taukeh REDLINE PROJECT carwash ni untuk suka-suka dan sesi pembelajaran aku sendiri. Jam 4 petang selepas asar, project bermula dan selesai sekitar jam 5.30 petang. Di sini aku kongsikan sedikit gambar-gambar kereta yang aku shoot petang tadi.
1/40s  f11  fl38mm iso100


Rey Rosli dengan kereta Mitsubishi Lancer nya yang baru bertukar warna. Thanks bro kerana jadi subjectku dipetang yang membosankan ni. Aku memang sudah lama plan mahu buat photoshoot macam ni. Memandangkan tadi ko belanja aku cuci dan reblack motosikal, so terpilihlah secara automatik jadi subjectku untuk hari ini.

1/80s f7.1 fl55mm iso100

Sememangnya jalan di Labuan ini sangat menarik dengan hiasan pokok-pokok di tepi jalan, jadi sesuailah sekiranya ingin membuat photoshoot kereta. (Jalan Kg. Merinding sebelah Matrikulasi Labuan)

1/40s f10 fl34mm iso100

Mitsubishi Lancer Rose Gold di jalan Pancur Hitam.

1/40s f11 fl30mm iso100
Untuk buat gambar macam ni kena guna shutter speed yang rendah. Try and errorlah 1/40s ke 1/80s. Agak susah juga bagi aku kerana keadaan jalannya yang kurang rata dan banyak selekoh di tambah lagi dengan toyota hilux yang aku naiki agak bergoyang ketika berjalan. Hmmm hanya mampu bersabar.


1/50s f11 fl50mm iso100

1/50s f10 fl40mm iso100

1/60s f6.3 fl28mm iso100


Sekian dulu perkongsianku untuk hari ini. Project hampir menjadi tetapi banyak lagi perlu ditambah baik. kali ini semua high angle, atas Hilux bosku. Asalkan ada mau dibikin cerita saja bah tu untuk anak baca bila kita sudah tiada. Next time kita bikin lagi.

Popular posts from this blog

Yamaha LC 135 v1 Modified

EX5 Dream fi 110 Modified III

Pemandangan Gunung Kinabalu dari Kg Tanjung Aru Labuan

Honda RS150R guna RIM Y15ZR V2?.. YSUKU?

EX5 Dream Fi 110 Modified

Ekspedisi kapcai Honda EX5 dari Labuan ke Tawau melalui jalan Kalabakan

Restorasi Honda EX5 Dream

Gelang Kuarantin COVID-19 Hadiah PRN

Honda RS150R modified

LED Skrin besar di Dataran Labuan