Kg. Nagalang diwaktu pagi.

Suasana diawal pagi pesisir pantai Kg. Nagalang Labuan selepas matahari terbit. Kelihatan seorang lelaki sedang memukat ikan berlatarbelakangkan gunung Kinabalu yang dapat dilihat jelas di sini kerana cuaca pagi yang agak baik.


Pukat sepanjang 13 binata dilabuhkan ke laut dan dibiarkan untuk dilawat pada waktu petang.


Aktiviti memukat ikan akan selalu dapat dilihat di sini ketika waktu pagi dan petang pada setiap hujung minggu.

Sebahagian penduduk di sini mengambil kesempatan untuk melakukan aktiviti sebegini bagi mendapatkan sendiri bekalan ikan segar kerana rumah mereka yang berdekatan dengan laut. 

Lelaki ini menunjukkan seekor ikan belanak yang menjadi hasil dari tangkapannya.

Jelas kelihatan kegembiraan ketika memperolehi hasil diwaktu pagi.

Popular posts from this blog

Yamaha LC 135 v1 Modified

EX5 Dream fi 110 Modified III

Pemandangan Gunung Kinabalu dari Kg Tanjung Aru Labuan

Honda RS150R guna RIM Y15ZR V2?.. YSUKU?

EX5 Dream Fi 110 Modified

Ekspedisi kapcai Honda EX5 dari Labuan ke Tawau melalui jalan Kalabakan

Restorasi Honda EX5 Dream

Gelang Kuarantin COVID-19 Hadiah PRN

Honda RS150R modified

LED Skrin besar di Dataran Labuan