Kenapa Pantai Labuan Bersih?
Pulau Labuan dikelilingi oleh pantai-pantai yang indah dan bersih. Pantai merupakan salah satu tempat yang menjadi tarikan pelancong di Labuan.
Pantai Layang-Layangan pernah menerima pengiktirafan oleh United Nations Environment Programme (UNEP) pada 20 September 2008 kerana pantai yang bersih daripada pencemaran.
Pagi ini aku berkesempatan untuk meninjau keadaan pantai Layang-Layangan. Dapat dilihat pekerja-pekerja pembersihan bekerja keras memastikan kawasan pantai di Labuan berkeadaan bersih. Mereka akan melakukan kerja-kerja membersih sampah sarap dan sisa pepejal yang hanyut dan terdampar di sepanjang kawasan pantai.
Pekerja-pekerja pembersihan sedang melakukan kerja-kerja menyapu sampah di tepi pantai.
Sampah-sampah dikutip dan dikumpul sebelum dibuang di tempat yang dikhaskan.
Tidak hairanlah pantai-pantai di Labuan sentiasa kelihatan bersih kerana ada pihak yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kebersihannya. Walaubagaimanapun semua pihak juga perlu mempunyai kesedaran dan memberi kerjasama dalam menjaga dan mengekalkan kebersihan pantai-pantai di sekitar Labuan.
--- Labuan Bersih Labuan Indah ---