Kg. Nagalang diwaktu pagi.
Suasana diawal pagi pesisir pantai Kg. Nagalang Labuan selepas matahari terbit. Kelihatan seorang lelaki sedang memukat ikan berlatarbelakangkan gunung Kinabalu yang dapat dilihat jelas di sini kerana cuaca pagi yang agak baik. Pukat sepanjang 13 binata dilabuhkan ke laut dan dibiarkan untuk dilawat pada waktu petang. Aktiviti memukat ikan akan selalu dapat dilihat di sini ketika waktu pagi dan petang pada setiap hujung minggu. Sebahagian penduduk di sini mengambil kesempatan untuk melakukan aktiviti sebegini bagi mendapatkan sendiri bekalan ikan segar kerana rumah mereka yang berdekatan dengan laut. Lelaki ini menunjukkan seekor ikan belanak yang menjadi hasil dari tangkapannya. Jelas kelihatan kegembiraan ketika memperolehi hasil diwaktu pagi.