Pengalaman pertama rentas negeri selepas PKP (W.P Labuan - Sabah)


Alhamdulillah setelah 95 hari terkurung didalam Pulau Labuan kerana Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan, akhirnya aku berpeluang untuk keluar merentas negeri. Makhluk kecil COVID19 mengajar kita tentang erti kehidupan, kesabaran, mendisiplinkan diri, menjaga kebersihan dan percaya betapa besar kekuasaanNya.
Ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diumumkan, pergerakan merentas negeri sudah dibenarkan dengan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Aku mengambil peluang untuk pulang ke kampung halamanku di Bongawan Sabah. Perjalanan ke sana menggunakan pengangkutan air (feri kenderaan) sebelum bergerak melalui jalan darat. Disini aku ingin berkongsi sedikit pengalaman pertamaku merentas negeri ketika PKPP dari W.P Labuan ke Bongawan Sabah dan kembali semula ke W.P Labuan.


Perjalananku kali ini menggunakan motosikal kerana tiket feri kenderaan untuk kereta sudah habis terjual.


Aku ditemani oleh abgku Rosli untuk balik ke kampung menggunakan motosikal. Motosikal menjadi kenderaan yang mudah bagi kami untuk keluar dan masuk dari pulau ini.



Pemeriksaan suhu badan oleh petugas-petugas ke atas semua penumpang feri sebelum dibenarkan memasuki feri kenderaan. Kenderaan beratur menunggu giliran masing-masing untuk diperiksa. Pada masa ini hanya penumpang yang ada kenderaan sahaja dibenarkan untuk menggunakan perkhidmatan feri ini.


Keadaan didalam feri kenderaan yang penuh dengan kenderaan yang ingin keluar dari Pulau Labuan ke Tanah Besar Sabah.


Keadaan didalam dewan penumpang feri kenderaan yang kelihatan agak lengang kerana had bilangan penumpang yang dibenarkan pada ketika ini hanya 100 orang. Kebanyakan penumpang duduk di dalam kenderaan masing-masing. Pemakaian penutup mulut dan hidung yang menjadi norma baharu diwajibkan ketika berada didalam feri kenderaan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan jangkitan wabak COVID19.

Pemandangan bangunan Kompleks Ujana Kewangan Labuan dan Hotel Waterfront dari feri.


Penjarakan sosial

Feri Galaxy


Jelas kelihatan kegembiraan salah seorang penumpang ketika feri hendak sampai ke destinasi.

Bersiap sedia untuk keluar dari feri bagi meneruskan perjalanan ke Bongawan Sabah.

Feri kenderaan Kimanis yang bersedia berlabuh di Terminal Feri Menumbok Sabah.

Pemeriksaan suhu badan oleh petugas KKM di Terminal Feri Menumbok Sabah sebelum dibenarkan masuk ke Tanah Besar Sabah. Semua penumpang feri juga dikehendaki membuat pengisytiharan kesihatan dengan melengkapkan borang atau mengimbas kod QR yang telah disediakan oleh pihak KKM Sabah.

Pekan Bongawan Sabah

Setelah dua hari bermalam di kampung halaman, aku balik ke Labuan untuk kembali bertugas. Untuk memasuki W.P Labuan garis panduannya sedikit berbeza dengan Sabah.


Petugas KKM Labuan memeriksa semua penumpang feri kenderaan yang ingin masuk ke Labuan.



Penumpang feri sedang berbaris menunggu giliran untuk diperiksa dan direkodkan kemasukan ke W.P Labuan oleh KKM Labuan. Mana-mana penumpang yang baru memasuki Labuan atau yang datang dari zon kuning dan telah bermalam lebih dari 3 malam dan dilihat bergejala akan menjalani swab test. Memandangkan aku dan abangku hanya bermalam dua malam di kampung halaman, kami terus dibenarkan memasuki Labuan walaupun Bongawan tersenarai sebagai zon kuning.








Popular posts from this blog

Yamaha LC 135 v1 Modified

EX5 Dream fi 110 Modified III

Pemandangan Gunung Kinabalu dari Kg Tanjung Aru Labuan

Honda RS150R guna RIM Y15ZR V2?.. YSUKU?

EX5 Dream Fi 110 Modified

Ekspedisi kapcai Honda EX5 dari Labuan ke Tawau melalui jalan Kalabakan

Restorasi Honda EX5 Dream

Gelang Kuarantin COVID-19 Hadiah PRN

Honda RS150R modified

LED Skrin besar di Dataran Labuan