Keindahan Pemandangan Pagi Di Labuan
Alhamdulillah selesai mengerjakan ibadah wajib solat Subuh, aku menghubungi sahabatku Matbon untuk pergi meronda-ronda mengelilingi pulau Labuan menggunakan motosikal. Sudah lama rasanya tidak Ride bersama-sama. Sebelum ini kebiasaannya kami akan pergi ke tanah besar Sabah untuk Ride sambil menikmati pemandangan indah di sana. Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih lagi berkuatkuasa, perjalanan merentas negeri adalah tidak dibenarkan bagi membendung penularan wabak COVID19.
Seperti yang telah dirancang, kami berjumpa dan memulakan perjalanan dari jambatan Kg. Tanjung Aru Labuan. Kami sempat menikmati pemandangan indah matahari terbit di sana berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu.
Seorang lelaki kelihatan sedang berjoging sambil menikmati pemandangan indah Gunung Kinabalu dari jalan baharu Kg. Tanjung Aru - Kg. Nagalang Labuan.
Silhouette Motosikal Honda EX5 dan Honda RS150R ketika matahari terbit di jalan baharu Kg. Tanjung Aru - Kg. Nagalang.
Jalan baharu Kg. Tanjung Aru - Kg Nagalang yang sekarang ini menjadi tempat riadah pada waktu pagi.
Kami meneruskan perjalanan ke Kg. Layang-Layangan menelusuri jalan Kg. Merinding yang berliku dan indah diapit oleh pohon-pohon yang menghijau. Sememangnya jalan ini bagi aku sangat menarik semenjak aku bermastautin di sini.
Kelihatan seorang lelaki bersama rakannya sedang berbasikal melalui jalan ini sambil menghirup udara segar.
Jalan layang-layangan
Seorang lelaki sedang memancing di Pantai Layang-Layangan Labuan.
Kelihatan sekumpulan lelaki sedang membuat persiapan untuk turun ke laut kerana cuaca yang baik pada pagi ini.
Santai sambil melihat pemandangan yang menghijau di Kiamsam Labuan.
Aktiviti kami berakhir di sini dan akan bersambung pada masa akan datang. Aku merasa bersyukur kerana masih diberi peluang untuk berkongsi beberapa lokasi dengan pemandangan indah yang ada di Labuan pada pagi ini.

Berehat sebentar menghirup udara segar dan menikmati pemandangan laut yang membiru di sini.