Posts

Showing posts from June, 2020

Pengalaman pertama rentas negeri selepas PKP (W.P Labuan - Sabah)

Image
Alhamdulillah setelah 95 hari terkurung didalam Pulau Labuan kerana Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan, akhirnya aku berpeluang untuk keluar merentas negeri. Makhluk kecil COVID19 mengajar kita tentang erti kehidupan, kesabaran, mendisiplinkan diri, menjaga kebersihan dan percaya betapa besar kekuasaanNya. Ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diumumkan, pergerakan merentas negeri sudah dibenarkan dengan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Aku mengambil peluang untuk pulang ke kampung halamanku di Bongawan Sabah. Perjalanan ke sana menggunakan pengangkutan air (feri kenderaan) sebelum bergerak melalui jalan darat. Disini aku ingin berkongsi sedikit pengalaman pertamaku merentas negeri ketika PKPP dari W.P Labuan ke Bongawan Sabah dan kembali semula ke W.P Labuan. Perjalananku kali ini menggunakan motosikal kerana tiket feri kenderaan untuk kereta sudah habis terjual. Aku ditemani oleh abgku Rosli untuk balik ke kam

Keindahan pemandangan di perairan pelabuhan Labuan

Image
Keindahan pemandangan di perairan pelabuhan pulau bebas cukai W.P Labuan. Ianya menjadi salah satu pelabuhan utama di Malaysia bagi industri minyak dan gas. Pemandangan disini mungkin berbeza dengan pelabuhan-pelabuhan yang lain.  Terdapat pelbagai jenis kapal laut yang dapat dilihat berlabuh di sini.   Kelihatan kapal-kapal laut berlabuh belatarbelakangkan Banjaran Crocker. Kapal-kapal laut berlabuh di hadapan Pulau Papan. Kelihatan Pulau Rusukan Besar dan Pulau Rusukan kecil di belakang kawasan perindustrian Labuan Shipyard & Engineering. Kg Patau-Patau 1 Labuan.

Keindahan Pemandangan Pagi Di Labuan

Image
Alhamdulillah selesai mengerjakan ibadah wajib solat Subuh, aku menghubungi sahabatku Matbon untuk pergi meronda-ronda mengelilingi pulau Labuan menggunakan motosikal. Sudah lama rasanya tidak Ride bersama-sama. Sebelum ini kebiasaannya kami akan pergi ke tanah besar Sabah untuk Ride sambil menikmati pemandangan indah di sana. Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih lagi berkuatkuasa, perjalanan merentas negeri adalah tidak dibenarkan bagi membendung penularan wabak COVID19. Seperti yang telah dirancang, kami berjumpa dan memulakan perjalanan dari jambatan Kg. Tanjung Aru Labuan. Kami sempat menikmati pemandangan indah matahari terbit di sana berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu. Seorang lelaki kelihatan sedang berjoging sambil menikmati pemandangan indah Gunung Kinabalu dari jalan baharu Kg. Tanjung Aru - Kg. Nagalang Labuan. Silhouette Motosikal Honda EX5 dan Honda RS150R ketika matahari terbit di jalan baharu Kg. Tanjung Aru - Kg. Na