Suasana Solat Sunat Aidilfitri ketika PKPB di W.P Labuan



Alhamdulillah, setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia. Hari ini merupakan 1 Syawal 1441h. Hari Raya Aidilfitri disambut oleh seluruh umat islam di negara ini. 
Pada kebiasaannya, umat islam akan berkumpul untuk menunaikan Solat sunat Hari Raya Aidilfitri di masjid. Berlainan pula dengan tahun ini disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) oleh kerajaan bagi membendung penularan wabak COVID19, pelaksanaan Solat Sunat Aidilfitri mengikut SOP yang telah ditentukan oleh kerajaan. Hanya 30 orang sahaja yang dibenarkan untuk menunaikan solat ini secara berjemaah di setiap masjid dan surau-surau terpilih.
Aku mengambil kesempatan untuk merakamkan suasana Solat Sunat Aidilfitri di masjid Al-Muttakin Taman IOFC Kerupang II W.P Labuan untuk menjadi tatapan dimasa akan datang.



Petugas masjid sedang memastikan para jemaah yang hadir untuk menulis butiran peribadi sebagai rekod pihak masjid.



Petugas masjid melakukan pemeriksaan suhu badan kepada para jemaah yang ingin menunaikan solat Aidilfitri di sini.



Solat Sunat Aidilfitri dilaksanakan mengikut SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Kelihatan jemaah melakukan penjarakan sosial dan menggunakan penutup mulut dan hidung.


Kelihatan seorang Amil sedang menerima bayaran zakat dari salah seorang jemaah disaat akhir sebelum solat Aidilfitri bermula.


Imam Masjid Al-Muttakin Ustaz Ebby lengkap dengan topeng muka penutup mulut dan hidung ketika hadir ke masjid bagi mengimamkan solat sunat Aidilfitri.


Pak Ya, salah seorang bilal dan juga ahli kariah di masjid ini sedang menyemak rekod-rekod harian masjid


Bilal Amir sedang melaungkan takbir Aidilfitri sebelum solat Sunat Aidilfitri bermula.


Ahli Kariah masjid sempat bergambar kenangan sebelum solat Sunat Aidilfitri dilaksanakan.





Para jemaah sedang mendengar khutbah Aidilfitri yang disampaikan oleh imam bertugas dengan tajuk ‘Ujian dan Kegembiraan’ yang disediakan oleh JAKIM




Jemaah bersurai sebaik sahaja selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin.

Popular posts from this blog

Yamaha LC 135 v1 Modified

EX5 Dream fi 110 Modified III

Pemandangan Gunung Kinabalu dari Kg Tanjung Aru Labuan

Honda RS150R guna RIM Y15ZR V2?.. YSUKU?

EX5 Dream Fi 110 Modified

Ekspedisi kapcai Honda EX5 dari Labuan ke Tawau melalui jalan Kalabakan

Restorasi Honda EX5 Dream

Gelang Kuarantin COVID-19 Hadiah PRN

Honda RS150R modified

LED Skrin besar di Dataran Labuan