Persiapan akhir sambut Aidilfitri di W.P Labuan ketika PKPB
Esok seluruh umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Pada tahun ini, sambutan hari raya agak berbeza dari kebiasaannya kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih berkuatkuasa. Kebiasaannya, keadaan di W.P Labuan sudah mulai lengang dan sunyi sehari sebelum sambutan hari raya kerana penduduk yang berasal dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia sudah pulang ke kampung masing-masing. Berbeza dengan hari ini, keadaan di sini masih sibuk kerana pergerakan merentas negeri tidak dibenarkan.
Tahun ini merupakan kali pertama aku tidak pulang ke kampung halaman untuk menyambut hari raya setelah 20 lebih tahun berhijrah ke sini.
Alhamdulillah, Aku berkesempatan membuat tinjauan di beberapa tempat yang menjadi tumpuan untuk membeli barang-barang persiapan menyambut Aidilfitri.
Orang ramai kelihatan berpusu-pusu sedang membeli barang basah untuk persiapan akhir menyambut Aidilfitri esok.
Suasana di pasar sentral UTC.
Kelihatan seorang petugas penguatkuasa sedang memeriksa suhu badan seorang pengunjung sebelum memberi kebenaran untuk memasuki Pasar Sentral UTC.
Penguatkuasa membuat kawalan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Pasar Sentral UTC Labuan
Orang ramai sanggup berbaris panjang untuk memasuki Pasaraya Bataras Labuan untuk membeli barang-barang persiapan akhir Aidilfitri.
Aku juga turut berbaris bagi menunggu giliran pemeriksaan suhu badan oleh pekerja Pasaraya Bataras dengan mematuhi penjarakan sosial yang disarankan oleh kerajaan.