Pemandangan Gunung Kinabalu dari Kg Tanjung Aru Labuan
Hari ini, Ramadhan masuk hari yang ke 24. Alhamdulillah diberi kesihatan dalam melaksanakan ibadah puasa. Selesai solat subuh aku mengambil kesempatan untuk membaca Al-quran kerana selalunya pandai datang penyakit malas membelenggu diri. Aku mendapat mesej dari seorang sahabat, Amir yang memperlihatkan keindahan suasana matahari terbit hari ini. Aku bergegas menggunakan motosikal ke Kg. Tanjung Aru Labuan. Alhamdulillah dengan keadaan cuaca yang baik, Keindahan Gunung Kinabalu dapat dilihat jelas dari sini. Memang sudah lama aku inginkan untuk mendapatkan moment seperti ini.
Pemandangan matahari terbit di kg. Tanjung Aru Labuan. Kelihatan bayang seorang nelayan sedang mencari rezeki berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu yang indah.
Gunung Kinabalu jelas kelihatan dari kawasan Anjung Ketam, Kg. Tanjung Aru Labuan ketika matahari terbit dan cuaca baik. Anjung Ketam merupakan salah satu tempat makanan laut yang terkenal di W.P Labuan.
Kelihatan seorang nelayan sedang menaiki perahunya untuk memulakan tugasnya mencari rezeki diawal pagi berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu.