Jalan baharu ke Pusat Bandar Labuan
Hari ini merupakan hari cuti ganti kerana hari raya pertama jatuh pada hari Ahad. Untuk menghilangkan rasa bosan di rumah, aku pergi meninjau jalan baharu ke pusat bandar yang separuh siap. Jalan ini dibina di tepi pantai menghadap ke tanah besar Sabah yang menghubungkan Kg. Tanjung Aru - Kg. Nagalang ke pusat bandar Labuan. Dengan wujudnya jalan ini sedikit sebanyak akan mengurangkan kesesakan lalulintas bagi mereka yang bekerja di pusat bandar Labuan. Di sini aku kongsikan sedikit gambar-gambar jalan ini sebelum ianya dibuka kepada orang ramai.
Aku sempat mengambil gambar beberapa orang sahabat yang sedang beriadah menggunakan basikal sambil mencuba jalan ini.Kelihatan beberapa orang penduduk di sini mengambil kesempatan untuk melakukan aktiviti riadah sebelum jalan ini dibuka kepada kenderaan.
Percubaan melalui jalan ini dengan motosikal. Pemandangan di sepanjang jalan ini sangat indah.