Honda RS150R guna RIM Y15ZR V2?.. YSUKU?
Kali ini aku ingin bercerita sedikit tentang hobi. Selain daripada fotografi, menyelam dan videografi di dasar laut, aku juga meminati aktiviti berkonvoi menggunakan motosikal kapcai kerana perjalanan yang sangat jimat dan membolehkan aku untuk menikmati keindahan alam dan dikongsikan dengan lensa kamera. Aku dan kawan-kawan sebenarnya sudah merancang untuk menjelajah Borneo tetapi semuanya terbantut kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih lagi berkuatkuasa bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Apabila keadaan pulih kelak aku akan meneruskan rancangan yang telah tergendala. Untuk perjalanan yang lebih stabil aku melakukan sedikit upgrade dengan mengubahsuai motosikal Honda RS150R aku dengan memasukkan rim yang bersaiz lebar sedikit dari saiz asal. Aku memilih rim standard dari Yamaha Y15ZR V2 untuk diguna pakai di motosikal aku memandangkan saiznya yang bagi aku amat sesuai kerana bersaiz 3.5". Rim tersebut aku perolehi dari sepupuku (HiRey) yang kebetulan memang menggunakan motosikal Y15ZR yang sudah diubah suai menggunakan rim lain.
Pada mulanya aku dan HiRey ingin melakukan modifikasi ini sendiri, tetapi kami terpaksa akur dengan menghantar ke bengkel kawan (LD Motor) kerana kami kekurangan peralatan yang sesuai.
Kelihatan HiRey dan Lambert (Tauke Kedai)sedang mencari alat-alat ganti yang sesuai sebelum memulakan kerja-kerja modifikasi ini.
Bearing asal rim Y15ZR perlu digantikan dengan Special Bearing (6202) sebelum dipasang pada motosikal RS150R kerana shaft untuk rim yang bakal dipasang bersaiz kecil.
Collar wheel hub, sprocket hub, brake disk dan bush rim perlu ditukar dengan menggunakan dari pelbagai jenis motosikal. Kerja sebegini mengambil masa yang lama kerana terpaksa dilakukan dengan cermat dan banyak kali percubaan sehingga menjumpai alat ganti yang paling sesuai.
Diantara bahagian yang paling sukar untuk dipasang kerana memerlukan sukatan bush yang sesuai.
Ada juga bahagian yang perlu dipotong dan dinipiskan untuk menyesuaikan pemasangan.
Bahagian rim belakang yang sudah siap dipasang.
Bahagian rim hadapan lebih mudah untuk dipasang berbanding bahagian belakang dengan hanya menukar special bearing, bush rim, brake disk dan menambah sedikit bush kecil dibahagian pemegang brake disk hadapan.
LD Motor Auto Services. Walaupun harga agak keras tetapi aku berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.
Hantar cuci
Alhamdulillah, Setelah dua hari, proses modifikasi ini selesai. Hajat aku untuk menggunakan rim Y15ZR V2 pada motosikal honda RS150R tercapai. Selepas ini aku akan memikirkan apakah Coverset dan warna yang paling sesuai dan RARE untuk projek seterusnya.