Bengkel dan kedai alat ganti motosikal di Labuan
Alhamdulillah, hari ini aku cuti rehat sebelum menyambut hari lebaran yang bakal tiba. Tahun ini aku tidak dapat balik ke kampung untuk menyambut hari raya Aidilfitri bersama keluarga di sana seperti kebiasaan kerana Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan masih berjalan. Tidak dibenarkan untuk merentas negeri, W.P Labuan dengan tanah besar Sabah terpisah oleh laut. Semua ini adalah untuk mengekang penularan wabak COVID19.
Aku keluar ke bengkel motosikal untuk menyelenggara motosikalku. Motosikal bagiku adalah salah satu keperluan untuk aku bergerak ke sana dan ke sini. Dari tinjauan aku dapati Kebanyakkan bengkel-bengkel motosikal di W.P Labuan mendapat permintaan yang tinggi terhadap perkhidmatan mereka berikutan dengan bertambahnya pekerjaan seperti 'Runner' yang menggunakan motosikal untuk bergerak mengambil tempahan dari peniaga-peniaga atas talian. Jadinya aku kena membuat tempahan atau datang awal untuk mendapatkan khidmat mereka.
Aku datang awal sebelum bengkel dibuka. Kelihatan pemilik bengkel dan pekerjanya sedang membuka kedai.
Motosikal lama Kawasaki Victor Jazz 150, antara motosikal yang aku minati juga pada masa dahulu di zaman sekolah.
Kedai ini menyediakan pelbagai alat ganti motosikal yang sukar diperolehi di tempat lain kerana sebahagiannya ada yang telah tidak ada dalam produksi erti kata lain sudah pupus dimakan zaman. Pemilik kedai ini juga merupakan sahabat aku zaman aku mula berjinak dengan motosikal 20 tahun yang lalu.
Walaupun sibuk masih boleh tersenyum. Seorang daripada mekanik bengkel ini menunjukkan alat ganti motosikal pelanggan yang sudah dibuka dan akan digantikan dengan yang baharu.
Benda wajib yang perlu ada untuk jadi mekanik.