Posts

Showing posts from May, 2020

Honda RS150R guna RIM Y15ZR V2?.. YSUKU?

Image
Kali ini aku ingin bercerita sedikit tentang hobi. Selain daripada fotografi, menyelam dan videografi di dasar laut, aku juga meminati aktiviti berkonvoi menggunakan motosikal kapcai kerana perjalanan yang sangat jimat dan membolehkan aku untuk menikmati keindahan alam dan dikongsikan dengan lensa kamera. Aku dan kawan-kawan sebenarnya sudah merancang untuk menjelajah Borneo tetapi semuanya terbantut kerana  Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih lagi berkuatkuasa bagi mengekang penularan wabak COVID-19. Apabila keadaan pulih kelak aku akan meneruskan rancangan yang telah tergendala. Untuk perjalanan yang lebih stabil aku melakukan sedikit upgrade dengan mengubahsuai motosikal Honda RS150R aku dengan memasukkan rim yang bersaiz lebar sedikit dari saiz asal. Aku memilih rim standard  dari Yamaha Y15ZR V2 untuk diguna pakai di motosikal aku memandangkan saiznya yang bagi aku amat sesuai kerana bersaiz 3.5". Rim tersebut aku perolehi dari sepupuku (HiRey) yang

Jalan baharu ke Pusat Bandar Labuan

Image
Hari ini merupakan hari cuti ganti kerana hari raya pertama jatuh pada hari Ahad. Untuk menghilangkan rasa bosan di rumah, aku pergi meninjau jalan baharu ke pusat bandar yang separuh siap. Jalan ini  dibina di tepi pantai menghadap ke tanah besar Sabah yang menghubungkan Kg. Tanjung Aru - Kg. Nagalang ke pusat bandar Labuan. Dengan wujudnya jalan ini sedikit sebanyak akan mengurangkan kesesakan lalulintas bagi mereka yang bekerja di pusat bandar Labuan. Di sini aku kongsikan sedikit gambar-gambar jalan ini sebelum ianya dibuka kepada orang ramai. Aku sempat mengambil gambar beberapa orang sahabat yang sedang beriadah menggunakan basikal sambil mencuba jalan ini. Kelihatan beberapa orang penduduk di sini mengambil kesempatan untuk melakukan aktiviti riadah sebelum jalan ini dibuka kepada kenderaan. Percubaan melalui jalan ini dengan motosikal. Pemandangan di sepanjang jalan ini sangat indah.  

Suasana Solat Sunat Aidilfitri ketika PKPB di W.P Labuan

Image
Alhamdulillah, setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia. Hari ini merupakan 1 Syawal 1441h. Hari Raya Aidilfitri disambut oleh seluruh umat islam di negara ini.  Pada kebiasaannya, umat islam akan berkumpul untuk menunaikan Solat sunat Hari Raya Aidilfitri di masjid. Berlainan pula dengan tahun ini disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) oleh kerajaan bagi membendung penularan wabak COVID19, pelaksanaan Solat Sunat Aidilfitri mengikut SOP yang telah ditentukan oleh kerajaan. Hanya 30 orang sahaja yang dibenarkan untuk menunaikan solat ini secara berjemaah di setiap masjid dan surau-surau terpilih. Aku mengambil kesempatan untuk merakamkan suasana Solat Sunat Aidilfitri di masjid Al-Muttakin Taman IOFC Kerupang II W.P Labuan untuk menjadi tatapan dimasa akan datang. Petugas masjid sedang memastikan para jemaah yang hadir untuk menulis butiran peribadi sebagai rekod pihak masjid. Petugas masjid melakukan pemeriksaan suhu badan k

Persiapan akhir sambut Aidilfitri di W.P Labuan ketika PKPB

Image
Esok seluruh umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Pada tahun ini, sambutan hari raya agak berbeza dari kebiasaannya kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih berkuatkuasa. Kebiasaannya, keadaan di W.P Labuan sudah mulai lengang dan sunyi sehari sebelum sambutan hari raya kerana penduduk yang berasal dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia sudah pulang ke kampung masing-masing. Berbeza dengan hari ini, keadaan di sini masih sibuk kerana pergerakan merentas negeri tidak dibenarkan.  Tahun ini merupakan kali pertama aku tidak pulang ke kampung halaman untuk menyambut hari raya setelah 20 lebih tahun berhijrah ke sini. Alhamdulillah, Aku berkesempatan membuat tinjauan di beberapa tempat yang menjadi tumpuan untuk membeli barang-barang persiapan menyambut Aidilfitri. Orang ramai kelihatan berpusu-pusu sedang membeli barang basah untuk persiapan akhir menyambut Aidilfitri esok. Suasana di pasar sentral UTC. Kelihatan s