Covid-19, Perintah Kawalan Pergerakan Tahap 2
Hari ini masuk hari ke-2 bagi Perintah Kawalan Pergerakan Tahap 2 dan merupakan giliran aku bertugas di Ujana Kewangan. Aku berkesempatan meninjau keadaan di Kompleks Ujana Kewangan Labuan dan merasakan keadaan masih agak sunyi walaupun terdapat beberapa kedai makan dan restoran yang menjalankan perniagaan kerana pelanggan tidak dibenarkan makan dan minum didalamnya. Seperti yang disarankan oleh Kerajaan, mereka hanya dibenarkan untuk "take away" sahaja.