Posts

Showing posts from March, 2020

Iskandar Dzulqarnain

Image
Namanya telah wujud dalam pemikiranku pada tahun 1998. Alhamdulillah syukur kehadrat Allah, setelah genap 20 tahun zulcar9 pun lahir pada 15 Julai 2018. Ingin sekali ku kongsikan gambar Iskandar Dzulqarnain ku ini. Mungkinkah nanti dia akan meneruskan blog ini, Insha Allah. Dia memang susah untuk digambar. Alhamdulillah sekarang umurnya setahun 8 bulan. Semoga dia sentiasa diberikan kesihatan oleh yang maha kuasa.

Stay At Home

Image
Patuhi perintah kawalan pergerakan. Duduklah di rumah diam-diam. Untuk tidak merasa bosan berada di rumah ketika PKP ini, mari kita mengulang kaji teknik-teknik fotografi dengan menggunakan pencahayaan minima. Kita boleh menggunakan cahaya lampu telefon pintar ataupun cahaya semulajadi. Di sini aku cuba untuk menghasilkan sedikit gambar-gambar dari apa yang aku telah pelajari di internet. Smart phone light Smart phone light Available Light

Covid-19, Masjid Al Muttakin

Image
Masjid Al Muttakin yang terletak di Taman IOFC Kerupang II Apartment W.P Labuan telah ditutup buat sementara waktu atas perintah kawalan pergerakan. Masjid ini cuma dibuka sebentar untuk bilal yang bertugas melaungkan azan setiap kali masuknya waktu solat bagi W.P Labuan. Alhamdulillah kita masih mendengar laungan azan dari masjid-masjid. Bagi yang sudah terbiasa solat berjemaah di masjid, mereka pasti merindui suasana solat berjemaah di sini. Aku kongsikan sedikit gambar-gambar masjid ini ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan untuk dijadikan kenangan pada masa akan datang. Semoga keadaan akan pulih seperti sedia kala dan semakin ramai insan - insan yang akan hadir sama-sama mengimarahkan masjid, Insha Allah.

Suasana lengang di Ujana Kewangan Labuan (PKP)

Image
Suasana lengang di kompleks Ujana Kewangan Labuan ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bagi mengelakkan penularan wabak virus covid-19 selama 14 hari bermula dari 18hb mac sehingga 31hb mac 2020. Kebanyakkan premis perniagaan diarah tutup dan akan buka semula setelah perintah ini tamat. Aku berkesempatan berkongsi sedikit gambar pada hari kedua pelaksanaan. Pada ketika ini cuma seorang sahaja wakil dari ketua rumah dibenarkan untuk keluar berurusan membeli bekalan keperluan dan makanan. Kelihatan beberapa orang petugas Kompleks Ujana Kewangan sedang melakukan kerja-kerja membuat laluan utama untuk pengunjung. Hanya kedai-kedai tertentu sahaja dibenarkan beroperasi pada masa ini.

Covid-19, Pasar UTC W.P Labuan

Image
Hari ke-7 perintah kawalan pergerakan dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia bagi membendung wabak virus covid-19 ( corona virus disease ) dari terus menular. Aku berkesempatan pergi ke pasar UTC Labuan untuk membeli barang-barang keperluan makanan basah. Pada masa ini hanya ketua keluarga yang dibenarkan untuk keluar membeli barangan keperluan harian. Perjalanan ke sana akan melalui sekatan jalan raya oleh anggota polis dan tentera bagi mengawal pergerakan. Di sini aku kongsikan sedikit gambar-gambar keadaan di Pasar UTC yang agak lengang sejak perintah ini dilaksanakan. Peniaga-peniaga disini  kelihatan terkesan dengan keadaan ini. Semoga ianya akan pulih seperti sedia kala.

Perintah kawalan pergerakan, Financial Park Labuan

Image
Hari ini masuk hari kelima perintah kawalan pergerakan dilaksanakan di seluruh Malaysia bagi mengelakkan penularan wabak virus covid-19 . Sedang aku berehat-rehat di rumah bersama keluarga, aku mendapat whatsapp mesej dari bos untuk bertugas sekejap di Ujana Kewangan Labuan . Bagi memastikan semua keadaan sistem operasi berjalan lancar aku pun   turun ke tempat kerja untuk bertugas. Selesai tugasan, aku berkesempatan untuk mengambil sedikit gambar suasana Kompleks Ujana Kewangan ketika ini untuk simpanan dimasa akan datang. Hari ini cuma kedai Guardian sahaja yang buka. Selamat bertugas kepada rakan-rakan yang bertugas bagi yang tidak bertugas duduklah diam-diam di rumah.

Labuan Duathlon Challenge 2020

Image
LABUAN DUATHLON CHALLENGE 2020 The most awaited event is back to serve your desire for an endurance challenge in an island way. Labuan Duathlon Challenge, a platform created for domestic and international athletes is back!  Every athlete pushes their ability to run-bike-run to the limit. This event involves two (2) sports disciplines, RUN and CYCLING. Participants are required to run 4km then cycling 28km and run 4km again before finishing the race. This year marks the fifth edition of this event in Labuan. It has been included in Labuan’s main events and expected to get more international participants. Final registered number of participants is 404 consist of 7 countries including Malaysia : 1. Malaysia : 340 - Sabah : 138 - Labuan : 180 - Sarawak : 5 - Kuala Lumpur / Putrajaya : 3 - ATM Melaka : 3 - Negeri Sembilan : 2 - Pulau Pinang : 2 - Kelantan : 2 - Selangor : 2 - Terengganu : 2 - Kedah : 1 2. Brun