Posts

Showing posts from February, 2020

Chap Goh Mei 2020

Image
Perayaan Chap Goh Mei disambut meriah oleh masyarakat berketurunan cina di W.P Labuan. Chap Goh Mei disambut 15 hari selepas tahun baharu cina setiap tahun menandakan berakhirnya sambutan perayaan ini. Chap Goh mei disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secaya besar-besaran. Ianya turut dimeriahkan dengan letupan mercun dan bunga api. Aku bersama rakan-rakan sempat merakamkan gambar-gambar ketika perayaan tersebut diadakan di sini.

Thaipusam 2020

Image
Sekitar sambutan perayaan Thaipusam yang disambut oleh penganut hindu di Wilayah Persekutuan Labuan. Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Subramaniam. Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' bulan kesepuluh dalam kalender Tamil. Wikipedia  

LED Skrin besar di Dataran Labuan

Image
Pemasangan LED skrin besar di dataran Labuan oleh Perbadanan Labuan. LED skrin ini bersaiz 60 kaki X 20 kaki. Ianya merupakan LED skrin yang terbesar setakat ini di Borneo untuk orang awam. Semoga dengan pemasangan skrin ini dapat memberi menafaat kepada penduduk di sini dan dapat mengindahkan lagi kawasan dataran Labuan ini.

Tiara Sunrise Beach Run

Image
' Tiara Sunrise Beach Run ' telah berlangsung di Wilayah Persekutuan Labuan pada 2 februari 2020. Larian sejauh 10km dan 3km yang menarik seramai 321 orang pelari tempatan termasuk peserta dari Sabah dan Sarawak. Acara larian adalah acara yang sering kali dianjurkan di pulau bebas cukai ini dan selalu mendapat tempat dihati para peserta yang meminati sukan sebegini. Ianya juga dapat menarik minat pelancong luar ke Labuan bagi merealisasikan tema pembangunan budaya sukan pelancongan sejajar dengan tahun melawat Malaysia 2020.