Posts

Showing posts from 2019

Honda RS150R modified

Image
Kali ni aku ingin berkongsi sedikit gambar motorsikal Honda RS150r yang telah aku modified suam-suam kuku hehe..pengubahsuaian cuma pada rim dan penukaran tayar yang lebih mencengkam, Aku memilih untuk menggunakan rim daripada jenama Racing Boy sp522 bersaiz 1.8 dibahagian hadapan manakala dibahagian belakang pula bersaiz 2.5. Penggunaan tayar bersaiz 80-80 dari jenama Corsa r26 dibahagian hadapan dan dibelakang bersaiz 110-70 jenama Pirelli Angle City. Sedikit barang kosmetik untuk menambahkan ke hensom an motorsikal RS150r ini. Bahagian enjin dikekalkan dalam keadaan standard cuma ada sedikit pengubahsuaian ke atas exhaust dengan menggunakan exhaust jenis CJ Ipoh cutting standard dan air filter berjenama KNN.      

Jalan - jalan cari gambar

Image

Jalan-jalan cari gambar.

Image
Jalan - jalan cari gambar di Kuala Lumpur. mencuba untuk explore public transport yang terdapat di sini.

Pulau Rusukan Besar W.P Labuan

Image
Setelah seminggu penat bekerja, kali ini aku berpeluang berhujung minggu di pulau Rusukan Besar. Terima kasih kepada Teo Ming Woei dan Mr. Lee kerana memberi peluang aku untuk datang ke sini. Pulau ini terletak di dalam kawasan Taman Laut Labuan bersama dengan pulau Kuraman dan pulau Rusukan Kecil. Perjalanan ke sana melalui jeti Marina mengambil masa selama 40 - 60 minit bergantung dengan kelajuan bot dan keadaan cuaca pada masa itu. Pulau ini sudah banyak perubahan jika dibandingkan 4 tahun sebelumnya, pada masa itu aku aktif di pulau ini dengan aktiviti-aktiviti laut yang dianjurkan oleh jabatan Taman Laut Malaysia Labuan. Terdapat tempat penginapan chalet yang  unik diusahakan oleh Mr. Lee. Ia juga menyediakan tapak perkhemahan yang mempunyai kemudahan asas seperti bilik mandi, tandas dan tempat makan.  Surau juga tersedia di sini untuk pengunjung muslim. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini seperti selam scuba, snorkeling dan macam-macam lagi.