Expedisi bermotosikal penghujung 2018

Ekspedisi menggunakan motorsikal Honda EX5 100cc - 22 dan 23 December 2018, kami telah melakukan ekspedisi bermotorsikal sejauh lebihkurang 700 Kilometer melalui jalan Menumbok, Keningau, Tambunan. Kami singgah di Sinurambi Tambunan dan meneruskan perjalanan ke Kundasang Sabah. Bermalam semalam di Ranau dan keesokan harinya meneruskan perjalanan ke Marak-Parak, Kota Marudu, Kota Belud dan terus kembali ke Menumbok Sabah. Aktiviti begini dapat merehatkan minda dengan melalui jalan berbukit bukau yang menyajikan pemandangan indah dengan kehijauan alam serta udara yang nyaman ketika berada di kawasan tanah tinggi. Perjalanan juga sangat jimat kerana penggunaan petrol yang tidak melebihi dari RM50 untuk kesemua jarak perjalanan tanpa sebarang masalah.

Memulakan perjalanan seawal jam 6.00 pagi menggunakan feri kenderaan dari W.P Labuan ke Menumbok Sabah




Perbincangan tentang keseronokan perjalanan yang bakal dilalui


Memulakan perjalanan dari Menumbok Sabah ke destinasi-destinasi yang dirancang



Singgah di Restoran Kimanis untuk bersarapan. Soto di sini sangat sedap.

Stesen minyak Kimanis. Di antara stesen minyak terawal di pekan ini. Sebelum wujudnya stesen-stesen minyak lain di sini.




Perjalanan menaiki bukit kimanis menuju ke Keningau.


 Singgah sebentar di Rabbit Land Kimanis dekat Batu 16



Singgah menyejukkan enjin motorsikal di Batu 16. Tempat ini adalah menjadi tempat persinggahan kebanyakan kenderaan ketika melalui kawasan bukit ini. Kecerunan bukit sehingga 19 degree.
Meneruskan perjalanan ke Tambunan Sabah
 Melalui jalan yang tidak berturap untuk sampai ke Sinurambi Tambunan


Sinurambi Tambunan.



Pemandangan Pekan Tambunan dari Sinurambi.

Ini sahabat saya MATBON
 Hari mahu hujan, kami bergegas keluar dari kawasan ini, kerana khuatir jalannya yang sukar sekiranya dibasahi oleh hujan.


Hampir sampai di Ranau Sabah

 Mengisi minyak di Ranau, Sabah sebelum meneruskan perjalanan ke Kundasang.



Botol 2t penyelamat ketika hujan.

Selamat sampai di Pekan Kundasang.
 Sayap ayam sedap di pekan Kundasang. Kelihatan En Bahrin sedang memesan sayap ayam ini untuk menjadi santapan kami. Terima kasih tuan.

Pemandangan pekan Kundasang ketika mahu hujan

Memandangkan kesemua Homestay penuh di Area Kundasang. Kami berpatah balik ke Ranau dan akhirnya berjaya mendapat satu Homestay di sini.

 Bilik yang berharga RM63 semalam ini boleh memuatkan sehingga 6 orang


Sebelum meneruskan perjalanan ke Marak Parak.

Singgah mengisi minyak di Petronas Ranau sebelum meneruskan perjalanan.


Keindahan perjalanan menuju ke Marak Parak melalui jalan Ranau.
Motorsikal Amir mengalami masalah putus rantai dalam perjalanan ke Marak Parak. Aku terpaksa berpatah balik sementara yang lain meneruskan perjalanan.

Orang kampung yang membantu untuk menyambung rantai motor yang putus menggunakan cara kampung. Terima kasih kamu semua memang baik hati.

Sememangnya aku ni takut sama anjing, tetapi kali ni terpaksa beranikan diri. hmmm..

 Gambar kenangan bersama orang kampung yang membantu kami. LC Garage.. hmmm Welding menyambungkan rantai. Terbaiklah..





Selamat sampai di Menumbok Sabah. Bersedia masuk balik Ke Pulau Labuan.

Popular posts from this blog

Yamaha LC 135 v1 Modified

EX5 Dream fi 110 Modified III

Pemandangan Gunung Kinabalu dari Kg Tanjung Aru Labuan

Honda RS150R guna RIM Y15ZR V2?.. YSUKU?

EX5 Dream Fi 110 Modified

Ekspedisi kapcai Honda EX5 dari Labuan ke Tawau melalui jalan Kalabakan

Restorasi Honda EX5 Dream

Gelang Kuarantin COVID-19 Hadiah PRN

Honda RS150R modified

LED Skrin besar di Dataran Labuan