Posts

Showing posts from May, 2018

EX5 Dream fi 110 Modified III

Image
Hujung minggu yang amat membosankan di Pulau labuan ni. Aku meluangkan masa untuk EX5 fi aku. Minggu ni tiada aktiviti berkonvoi jadi aku membuat sedikit pengubahsuaian untuk sistem brek. Sememangnya EX5 hanya menggunakan sistem brek drum di bahagian depan dan belakang. Bagi mendapatkan cengkaman yang lebih baik ketika membrek, aku mengubahnya menggunakan sistem brek cakera (brake disk) untuk bahagian hadapan dengan menyalin kembali sistem brek dari honda jenis wave 125. Fork depan juga menggunakan fork honda wave 125. Aku memilih cakera 300mm untuk menjadikan ex5 fi ini lebih menarik.