Posts

Showing posts from April, 2018

Kembara Kapcai EX5 ke Polumpung Melangkap Kota Belud Sabah

Image
Syukur Alhamdulillah rancangan untuk berkonvoi dari W.P Labuan ke Polumpung Melangkap Kota Belud Sabah menggunakan motorsikal kapcai menjadi kenyataan. Seramai 16 orang menyertai program yang tidak rasmi ini. Program ini telah dirancang sebulan sebelum perjalanan dibuat. Perjalanan sejauh 460km pergi dan balik berjalan lancar tanpa sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Kami disajikan pemandangan indah semasa dalam perjalanan pergi dan balik ke sana.          Polumpung Melangkap adalah salah satu destinasi menarik yang sangat cantik yang mempunyai sungai berbatu yang indah berlatarbelakangkan gunung Kinabalu. Air yang mengalir deras sangat bersih dan nyaman. Tempat ini sesuai untuk mereka yang suka aktiviti perkhemahan yang menjanjikan ketenangan.   Berkumpul di Menumbok Sabah sebelum memulakan perjalanan Berhenti rehat di jambatan Kuala Penyu Singgah mengisi minyak di Petronas Bongawan. Singgah bergambar di jalan Penampang, salah satu j